Friday 30 September 2011

~ HILANG KEMANA SENYUMAN AKU ~

mood aku hari memang tak tahu entah kemana hilangnya, semua pasal kawan aku.. kalau lah dia tak buat aku macam nie, hari nie aku masih boleh tersenyum lebar seperti hari-hari lain..
penat aku cuba untuk senyum, tapi susah sangat, perit yang aku rasa, sangat perit.. rasa seperti nak lari dari semua nie.  susah aku nak terima, susah sangat, lebih perit dari kehilangan seorang kekasih. ini lah ujian yang aku kena terima dalam berkawan.  

aku mungkin boleh maafkan korang, tapi aku tak akan PERNAH SEKALI pun lupa apa yang korang dah buat belakang aku. maaf ! inilah sikap aku, aku boleh jadi lembut pada orang yang baek pada aku, dan hati aku boleh jadi sekeras-keras kerikil bila orang yang aku anggap kawan baek khianat aku..

aku tak nak menangis lagi kerana korang, cukuplah apa yang aku rasa hari nie, lepas raya nanti aku nak mulakan hidup baru, cukup setakat nie je. 

aku nak ceriakn hari-hari aku semula, tapi macam mana.. cuaca hari nie pun macam faham akan perasaan aku sekarang,. semoga aku tabah dalam menghadapi semua ini. amin :)

Thursday 29 September 2011

~ MENGATA DULANG PAKU SERPIH, MENGATA ORANG DIA YANG LEBIH

Assalamualaikum dan selamat hari Rabu semua,
sejak kebelakangan ni, begitu banyak perkara yang menjadi perbincangan mahupun perdebatan dikalangan masyarakat di tanahair tercinta. Semuanya demi mendapatkan jawapan mahupun penjelasan yang lebih terperinci untuk sesuatu isu ataupun kejadian. Tidak kurang juga aktiviti menyampaikan ketidakpuasan hati dalam pelbagai bentuk yang kadangkala agak kurang sesuai. Setiap kali kita menulis komplen ataupun menyatakan rasa tidak puas hati kita kepada pihak yang lain, dan pada ketika kita menulis itu kita sedang marah, sebaiknya kita tangguhkan terlebih dahulu penulisan kita itu, kerana penulisan itu akan lebih banyak berpanduan emosi daripada akal fikiran yang bijaksana itu.
Seringkali kita mendengar kata pujangga menyatakan, Seandainya kita menuding jari ke orang lain, 4 jari yang lain menuding ke arah kita. Banyak yang benar dalam ayat itu, setiap kali kita memarahi orang lain atas kelemahan ataupun kecuaian mereka, dalam situasi yang lain, kita sendiri melakukan kelemahan atau kecuaian tersebut. Jadi sebelum kita melemparkan kata-kata cercaan atau sebagainya hanya sebab kita tidak berpuas hati dengan sesuatu perkara itu, berhenti sejenak, tanya diri kita sendiri, adakah aku tidak pernah melakukan perkara tersebut? Apabila kita berhenti dan berfikir sejenak, kebiasaannya setiap perlakuan negatif itu akan bertukar menjadi positif.
Aku sendiri kadangkala ingin melemparkan komen-komen negatif kepada segenap pihak, tetapi apabila difikirkan dalam sudut yang berlainan, komen-komen negatif aku itu tidak akan membuahkan apa-apa hasil, bahkan hanya akan menyebabkan diri ini yang terus berasa marah. Apabila kita marah, terlalu banyak unsur-unsur negatif yang akan meresapi diri ini. Setiap kata yang ditutur sudah tiada kelembutannya, tiada keindahan mahupun keseronokan untuk didengari. Kita bukan sahaja tidak membantu keadaan, malahan memberi kesan negatif kepada orang lain di persekitaran.
Seringkali kelihatan orang yang bijak pandai, tetapi apabila merasa diri dalam keadaan yang lemah, mula bertindak mengikut emosi, perbincangan yang pada asalnya berjalan dengan tenang, telah bertukakr menjadi perbalahan, hanya disebabkan emosi telah menguasai diri. Adalah lebih baik kita berdiam diri daripada ingin menegakkan pendirian kita yang belum pasti tepat, hubungan silaturahim sesama insan lain perlu dipelihara, jangan hanya kerana perkara yang remeh temeh, kita menjadi seperti insan yang tiada pegangan agama.
Pesanan ini adalah untuk diri aku sendiri dan sesiapa yang membaca, kehidupan kita dinilai setiap saat, tidak bermakna apabila kita berada di alam maya ini, setiap perbuatan kita tidak dinilai. Apabila kita menulis perkataan yang kesat, pasti ianya akan memberi penilaian yang buruk untuk kita. Seandainya kita tidak kisah jika dinilai oleh orang lain, tetapi ingatlah, Allah yang Maha Mengetahui itu sentiasa menilai setiap apa yang kita lakukan. Janganlah terlalu angkuh menuding jari menyatakan kesalahan orang lain, kerana diri kita sendiri belum tentu bebas daripada kesalahan tersebut.
Wallahu a’lam.

Monday 26 September 2011

~ SILENT IS BETTER ~

assalamualaikum to all my lovely followers, gorjes silent readers, girlfrens, and boyfriend (takde 's' tanda ade sorang je :P) hows your day today? hope semuanya baik baik je okay :) so as for today, i would like to ask all of u a question that keeps lingered in my mind. pernah berselisih faham tak? haha. thats it. tak kisah lah salah faham dgn incik buah hati ke, dengan kawan ke, dgn parents ke, dgn cikgu ke. siapa siapa saja. i bet semua mesti pernah kan? so do i :) well as a human being, kita tak kan terlepas dari perkara yg mcm tu. how tired would you be kalau terlibat dlm selisih faham ni? sangat PENAT kan..


the best solution (as in my opinion) its better if i just keep silent rather than memekak kan diri untuk balas semula apa yg di accuse.

Sometimes I choose to keep silent, because I know if I try to explain myself, people wouldn’t get it anyways.

so who's with me? its so trueeee okay. definitely i will agree with this statement sebab sy dah pernah lalui situasi mcm tu. they accuse, and bila kita nak backup diri sendiri they will keep accusing us. sebab pada dorang buat apa nak tegakkan benang yg basah kan?

and its better if i just keep silent daripada luahkan rasa hati. nanti end up bergaduh pulak kan :) ckp lah nak ckp apa pun. dalam hati memang lah sedih kan. kdg kdg air mata dah tak larat nak keluar. dah kering, org kata. tapi dalam hati tetap menangis.

hati selalu kata, "biarlah, one day they will know"

because i just get tired easily bila berada dlm situasi mcm ni.

~ KEKUATAN ~

 
 
kekadang kita merasa diri ini cukup kuat untuk menghadapi setiap dugaan yang datang, kita cuba untuk terus tersenyum tak kala hati dirundung pilu..
tapi...kenyataannya kita hanya menipu diri sendiri, diri ini tak sekuat yang kita sangkakan, kerana disaat kita bersendirian mengenangkan perjalanan hidup kita.. tak semena-mena air mata mengalir membasahi pipi..

Thursday 22 September 2011

~ tentang perasaanku ~

Aku takkan lelah menunggu
Hingga waktu ajal menjemputku
Takkan pernah ada sesalku untuk menunggumu
Aku harus tetap menunggu
Hingga nanti aku berbaring
Sampai mati aku akan tetap menunggumu
Ingin ku gapai bulan dan ku petik bintang
Ingin ku berikan semua hanya untukmu
Agar kau tahu besarnya cintaku kepada dirimu
Ku ingin kau tahu tentang perasaanku
Ku ingin kau tahu besar cinta padamu
Ingin ku berikan sisa waktuku
Dan sisa umurku sampai mati
Aku harus tetap menunggu
Hingga nanti aku berbaring
Sampai mati aku akan tetap akan tetap menunggumu
Ingin ku gapai bulan dan ku petik bintang
Ingin ku berikan semua hanya untukmu
Agar kau tahu besarnya cintaku kepada dirimu
Ku ingin kau tahu tentang perasaanku
Ku ingin kau tahu besar cinta padamu
Ingin ku berikan sisa waktuku
Dan sisa umurku
Ingin ku gapai bulan dan ku petik bintang
Ingin ku berikan semua hanya untukmu
Agar kau tahu besarnya cintaku kepada dirimu
Ingin ku gapai bulan dan ku petik bintang
Ingin ku berikan semua hanya untukmu
Agar kau tahu besarnya cintaku kepada dirimu
Ku ingin kau tahu tentang perasaanku
Ku ingin kau tahu besar cinta padamu
Ingin ku berikan sisa waktuku
Dan sisa umurku sampai mati

Sunday 18 September 2011

testing2


assalamualaikum .. 

hyep2 salam kenal .. 
Reezuanie Mohd Roslan, blogger baru disini ..
masih dalam penambah baikan .. 
hope ada yang sudi tunjuk ajar ..